Tuesday, June 30, 2009

Teruknya anak muda Terengganu

Assalamualaikum,

Entah apa sebabnya yang berlaku ke atas generasi muda Terengganu. Pelbagai perkara kurang enak didengar mengenai sikap dan sahsiah anak muda Terengganu. Lebih menyedihkan melihatkan sikap pelajar-pelajar sekolah di Terengganu.

Masalah disiplin pelajar-pelajar sekolah di Terengganu lebih teruk dan dasyhat daripada pelajar-pelajar sekolah di Kuala Lumpur. Lihat sahaja kes-kes yang pernah berlaku :

1. pelajar menyerang sekolah dengan membaling mercun ke kawasan sekolah berlaku di Kuala Terengganu.

2. pelajar me'rempit' di depan pagar sekolah juga di Kuala Terengganu.

3. pelajar menyerang rumah guru juga berlaku di Terengganu...dan banyak lagi.

Itu belum dikira bilangan kaki peras ugut di sekitar Pudu, Kuala Lumpur. Jika kita perhati kebanyakkan mereka bercakap loghat Terengganu. Bermakna mereka adalah anak Terengganu.

Ada juga yang mengatakan kebanyakkan kaki peras ugut adalah orang Kelantan, namun jika diamati bahasa mereka, ia memang loghat Kelantan tetapi mereka bukanlah orang Kelantan sebaliknya orang Besut, Terengganu.

Orang Besut tidak bercakap loghat Terengganu sebaliknya bercakap loghat Kelantan. Samalah dengan orang daerah Kerian, Perak. Mereka tidak bercakap loghat Perak sebaliknya loghat Kedah.

Walaubagaimanapun, dakwaan saya ini tidaklah berlandaskan kepada statistik sebaliknya hanya daripada pengalaman rakan-rakan dan pengalaman saya sendiri. Sekian......

Sunday, June 28, 2009

Kepentingan Ijazah dalam Islam

Di kalangan masyarakat Malaysia sekarang ini ada yang mempertikaikan keperluan memiliki ijazah dengan alasan ijazah hanyalah sekeping kertas dan tidak memiliki ijazah tidak semestinya memiliki ilmu. Ya memang benar hujah tersebut..tetapi cuba kita renungkan sejenak jika....

"sepasang suami isteri ditangkap oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor atas dakwaan berkhalwat. Apakah yang akan menyelamatkan pasangan suami isteri tersebut daripada ditangkap oleh JAIS?...sudah tentu SIJIL NIKAH sebagai BUKTI bahawa mereka berdua adalah suami isteri"

"seorang rakyat mahu memohon berkhidmat dengan sektor awam. Syarat memasuki sektor awam ialah mesti seorang warganegara Malaysia. Jadi apakah yang akan membantu rakyat tersebut memohon berkhidmat dengan sektor awam?..sudah tentu SIJIL KERAKYATAN sebagai BUKTI kewarganegaraan samada dalam bentuk Mykad atau pasport dan SIJIL LAHIR"

Ijazah sebagai BUKTI

Maka, jika seseorang hamba Allah itu mendakwa pakar dalam bidang sains, perubatan mahupun agama..apakah yang akan menjadi BUKTI dakwaaannya itu?...sudah tentulah IJAZAH.

Ijazah dalam bidang perubatan adalah BUKTI bahawa pemegang ijazah berkenaan pakar atau mahir dalam ilmu perubatan. Ijazah dalam bidang agama adalah bukti bahawa seseorang itu punya kemahiran, dan ilmu dalam bidang agama.

Jika ada orang mendakwa pakar dalam bidang perubatan tetapi tiada ijazah untuk membuktikan dia pakar dalam bidang perubatan, adakah kita akan percaya dia mampu merawat atau membedah kita?...sudah tentu TIDAK.

Bukti penting dalam Islam

Dalam sejarah Islam kita sedia maklum bahawa setiap nabi dan rasul mempunyai mukjizat sebagai BUKTI kenabian dan kerasulan mereka. Nabi Muhammad SAW mempunyai mukjizat yang hingga kini menjadi BUKTI dan SAKSI kerasulannya iaitu Al-Quran.

Sehingga kini, tiada siapa yang mampu menafikan BUKTI berkenaan. Malahan, pemimpin Kristian Roman Katolik sendiri mengakui kebenaran dan kesucian Al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad SAW sehingga Baginda diiktiraf oleh seorang penulis Barat sebagai "Manusia Paling Hebat dalam Sejarah Manusia".

The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History is a 1978 book by Michael H. Hart

http://en.wikipedia.org/wiki/The_100:_A_Ranking_of_the_Most_Influential_Persons_in_History

Sistem Ijazah - Dunia Islam yang perkenalkan

Ada mendakwa bahawa sistem ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah adalah sistem pendidikan Barat. Mereka silap..nampak sangat mereka jahil dan buta sejarah.

Ijazah mula-mula sekali diperkenalkan oleh Universiti Al-Karaouine, Fes, Maghribi pada tahun 859 masihi. Universiti Al-Karaouine ditubuhkan oleh Puteri Fatimah Al-Fihri, anak kepada seorang saudagar iaitu Muhammad Al Fihri. Kampus pertama universiti ini ialah sebuah Masjid di Fes, Maghribi. Universiti tersebut kini dikenali sebagai Universiti Al-Qarawiyyin.

Guinness Book of World Record telah mengiktiraf universiti ini sebagai universiti yang pertama sekali memperkenalkan sistem ijazah. Kemudian, madrasah-madrasah di seluruh dunia Islam juga mengambil langkah sama dengan memberi ijazah kepada penuntut mereka yang tamat pengajian.

http://en.wikipedia.org/wiki/Academic_degree

Dapatkanlah Ijazah

Saya menyeru anak muda di luar sana..belajarlah bersungguh-sungguh dan dapatkan segulung ijazah sebagai BUKTI keilmuan kita. Jangan terpengaruh dengan dakyah Jemaah Tabligh dan Hizbut Tahrir yang mengatakan bahawa ijazah tidak penting dan ia sistem kafir semata-mata.

Umat Islam akan terus ketinggalan jika tidak mengutamakan ilmu....renungkan

Tuesday, June 23, 2009

I Watch U Nasha.....

Assalamualaikum,

Saya menyahut baik tindakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz untuk menarik balik kenyataan meminta ustaz Nasharudin daripada meletak jawatan Timbalan Presiden PAS selepas perjumpaan diantara mereka diadakan.

http://www.malaysiakini.com/news/107014

Tahniah Tuan Guru Nik Aziz....gertakan anda nampaknya menyedarkan mereka-mereka dalam PAS yang ada hati (gila kuasa) memegang jawatan kabinet supaya muhasabah kembali akan kerakusan mereka kepada harta dan pangkat.

Kalau nak kaya...jangan masuk PAS..pergi masuk UMNO.

Aku tidak akan lupa....I watch u nasha......

Walaubagaimanapun, saya tidak akan lupa dengan pembohongan ustaz Nasharudin mengenai perjumpaan (muqabalah) dengan UMNO tahun lepas. Nasharudin dengan beraninya MENIPU semua ahli PAS dengan mengatakan bahawa perjumpaannya dengan UMNO adalah dengan restu Majlis Syura PAS.

Sedangkan Majlis Syura PAS yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am tidak tahu menahu akan perjumpaan itu. Jelas bahawa orang PENIPU seperti Nasharudin ini bukanlah jenis manusia yang boleh dipercayai. Bila-bila masa sahaja dia akan 'tikam belakang' bila ada kesempatan.

Nasha..ingat...I watch u............

Friday, June 19, 2009

Hentikan polemik...tapi Nasha terus berpolemik

Assalamualaikum,

Nampaknya saranan hentikan polemik diutarakan oleh Setiausaha Agung PAS, Mustapa Ali dilanggar oleh boneka UMNO ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS. Ustaz Nasha terus berpolemik untuk mengadakan kerajaan perpaduan kerana tidak tertahan lagi mahu memegang jawatan Menteri Kewangan atau Menteri Pendidikan yang ditawarkan kepadanya oleh UMNO.

Ustaz Nasharudin adalah contoh Ulama akhir zaman yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad SAW...mereka tidak berjuang demi agama Islam sebaliknya hanya berjuang demi pangkat, harta dan wang ringgit. Mereka sanggup menggadaikan agama dengan berpakat dengan pihak yang menolak Al-Quran dan As-Sunnah kononnya kerana perpaduan Ummah sedangkan hanya demi wang ringgit dan pangkat dunia.

Berbanding dengan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Tuan Guru Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS yang hidup dalam keadaan zuhud. Nik Aziz dan Harun Din adalah contoh Ulama masa kini yang masih teguh berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka tidak akan kelabu mata dengan wang ringgit dan pangkat.

Ketua Pemuda PAS yang pengecut........

Belum pernah dalam sejarah PAS mempunyai Ketua Pemuda yang bacul dan pengecut. Jika selama ini ahli-ahli Pemuda PAS menghentam Ketua Pemuda UMNO kerana tidak berani muncul untuk berdebat dengan PAS...kini Ketua Pemuda PAS sendiri tidak berani berdebat dalam debat perdana di Shah Alam baru-baru ini.

Kenapa ahli PAS tidak 'booo' Ketua Pemuda PAS yang pengecut untuk berdebat sedangkan mereka 'booo' Ketua Pemuda UMNO jika tidak berani berdebat???????....fikir-fikirkan....

Baru-baru ini saya mendapat sms daripada Ketua Pemuda PAS yang pengecut itu supaya berhati-hati dengan api fitnah...ya..memang benar kita mesti hati-hati dengan api fitnah tetapi jika direnungkan siapa yang sebenarnya memulakan api fitnah jika tidak geng-geng Ustaz Nasharudin sendiri.

Kumpulan ustaz Nasharudin inilah yang memulakan fitnah dengan menuduh secara membabi buta terhadap Husam Musa melalui blog anti-Husam. Selepas itu mereka menuduh pula kepada Nizar Jamaluddin semasa menjadi Menteri Besar Perak sebagai boneka DAP dan banyak lagi.

Virus mesti 'dibunuh'

Kumpulan pro-kerajaan perpaduan dalam PAS adalah 'virus-virus HIV' yang perlus dibunuh dan disingkirkan...jika tidak..PAS akan berpecah seperti tahun 1978....ataupun mungkin kali ini PAS akan mati????........renungkan....

Wednesday, June 17, 2009

Keluar dari PAS wahai Nasharudin....kata Nik Aziz

Assalamualaikum,

Sikap biadap boneka UMNO ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS yang langsung tidak hormat keputusan Majlis Syura PAS iaitu badan tertinggi PAS menyebabkan Mursyidul Am PAS yang juga Pengerusi Majlis Syura PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat hilang sabar.

Tuan Guru Nik Aziz menggesa ustaz Nasharudin yang kemaruk dan gila kuasa mahu memegang jawatan menteri supaya keluar daripada PAS dan masuk UMNO. Ini kerana perjuangan PAS tidak menjanjikan pangkat menteri...perjuangan PAS adalah menegakkan Daulah Islamiyah.

Wahai boneka UMNO.....berambus kau !!!!!!

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/6/17/mstar_berita/20090617131445&sec=mstar_berita

Saturday, June 13, 2009

Hentikan Polemik?

Assalamualaikum,

Tergelak saya membaca kenyataan Mustapa Ali yang kini Setiausaha Agung PAS supaya semua ahli PAS menghentikan segala polemik mengenai kerajaan perpaduan....

Saya nak tanya....

1) siapa yang mulakan polemik sehingga PAS berpecah dua ?

2) siapa yang mula label-melabel sentimen Ulama dan Profesional ?

3) siapa yang mula label-melabel kumpulan pro-muqabalah dengan kumpulan Erdogan ?

4) siapa yang menyebabkan Mursyidul Am PAS marah kerana melanggar keputusan Muktamar PAS di Ipoh, Perak ?

5) siapa yang menipu kononnya perbincangan dengan UMNO mendapat restu Majlis Syura tetapi sebenarnya Majlis Syura tidak tahu menahu ?

Jawabnya ialah boneka-boneka UMNO seperti ustaz Nasharudin, Mustapha Ali dan geng-geng mereka. Mereka yang menyebabkan PAS berpecah dua..mereka yang menyebabkan imej PAS tercalar teruk...mereka yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada PAS....dan ragu-ragu dengan istiqamah perjuangan PAS...........

Sekarang bila rakyat dan grass root PAS dah marah, mengamuk baru takut dan baru nak hentikan polemik yang anda mulakan......sudah terlambat.........

Friday, June 12, 2009

Antara UMNO dengan PKR....

Assalamualaikum,

Ustaz Nasharudin boneka UMNO dan geng-geng memberikan alasan bahawa lebih baik PAS membentuk perpaduan dengan UMNO daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana PKR 'jahat'. Wah..nampaknya si boneka UMNO ini buta sejarah....

1964 - 1969

Era ini UMNO mempunyai satu sayap yang dikenali sebagai Skuad Pemuda Tahan Lasak UMNO yang lebih mirip kepada kumpulan samseng. Lupakah Ustaz Nasha bahawa skuad Pemuda UMNO inilah yang membelasah ahli-ahli PAS di Perlis. Malahan ADUN PAS kawasan Guar Sanji mati dibunuh oleh mereka yang diupah oleh skuad ini.

Sehingga kini pembunuh ADUN PAS kawasan Guar Sanji masih tidak dapat ditangkap atau dikenakan sebarang hukuman. Zaman ini PKR tidak wujud lagi....yang wujud hanyalah UMNO

Bukan itu sahaja...pada tahun 1964 UMNO telah menumbangkan kerajaan PAS Terengganu dengan penuh hina sekali iaitu dengan 'membeli' beberapa ADUN PAS supaya 'lompat parti' dengan menyertai UMNO. Akibatnya undi tidak percaya dikemukakan di Dewan Undangan Negeri Terengganu dan kerajaan PAS tumbang dengan hina sekali.......masa tu PKR tidak wujud lagi......

1974-1978

PAS membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO pada tahun 1974 di mana PAS telah menyertai Barisan Nasional (BN) yang dibentuk oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-2. Ya...memang PAS untung besar dengan menyertai BN apabila ramai pemimpin PAS dapat memegang jawatan Menteri Kabinet, Timbalan Menteri Kabinet dan Exco-Exco kerajaan negeri.

Namun pada tahun 1978, UMNO telah menendang keluar PAS daripada BN dengan penuh HINA sekali. Bukan itu sahaja, UMNO telah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar Kelantan (daripada PAS) dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Hingga menyebabkan kerajaan PAS Kelantan tumbang dengan hina sekali.

Bukan itu sahaja...samseng-samseng UMNO telah menimbulkan huru-hara di Kelantan seperti membakar jambatan dan menimbulkan rusuhan di Kota Bharu hingga menyebabkan Kelantan diistiharkan darurat dan ditadbir dibawah MAGERAN. Selepas itu, dengan jijiknya UMNO mengambil alih pemerintahan kerajaan di Kelantan dan terus memerintah Kelantan dari tahun 1978 sehingga 1990.

Siapa punya kerja yang menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan dengan penuh jijik sekali???...jawabnya ialah UMNO !!!!.....PKR masa itu tidak wujud lagi......

1986-1990

Semasa UMNO diharamkan pada 1986...ramai pemimpin PAS disumbat masuk ke dalam ISA. Bukan itu sahaja...pada era inilah berlaku peristiwa berdarah Memali di mana orang kuat PAS Kedah iaitu Almarhum Ustaz Ibrahim Libya yang berjaya menggoncangkan kerajaan UMNO Kedah telah dibunuh bersama-sama dengan orang Kampung Memali yang juga ahli PAS Kedah.

Adakah PAS lupa peristiwa berdarah Memali???????...siapa punya angkara jika bukan UMNO...masa itu PKR tidak wujud lagi.

Operasi Lalang pada tahun 1988, UMNO bergaduh dengan MCA tetapi yang disumbat masuk ke dalam ISA ialah pemimpin PAS....siapa punya angkara???..UMNO...masa itu PKR belum wujud lagi.

1998-1999

Masa ini baru PKR muncul dengan matlamat menegakkan keadilan dan kebenaran dan menjadi rakan PAS dan membentuk gabungan yang dikenali sebagai Barisan Alternatif (BA) yang turut disertai DAP dan STAR dari Sarawak dalam PRU 1999 yang menyaksikan PAS dan PKR menang besar sehingga berjaya membentuk kerajaan di Kelantan dan Terengganu.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor mantan Presiden PAS bersama-sama dengan Tuan Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS adalah orang yang bertanggungjawab membentuk Barisan Alternatif bersama Anwar Ibrahim, PKR, DAP, STAR (Sarawak). Kini Barisan Alternatif dikenali sebagai PAKATAN RAKYAT (kali ini STAR tidak turut serta)......

Persoalannya...siapa yang jahat??????...UMNO atau PKR....lihat sejarah..anda tahu jawapannya.......

Nik Aziz punca PAS kuat....Mursyidul Am ada kuasa VETO

Assalamualaikum,

Nampaknya ada di kalangan barua dan boneka UMNO dalam PAS (geng-geng ustaz Nasharudin) mula mempertikaikan kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS. Mereka juga mempersoalkan campur tangan TG Nik Aziz....hingga ada yang dengan kurang ajar mengatakan TG Nik Aziz dah nyanyok..........nampak sangat mereka bodoh dan dungu.

Memang Mursyidul Am PAS tiada kuasa eksekutif dalam Organisasi PAS...namun lupakah ustaz Nasharudin bahawa Mursyidul Am PAS adalah Pengerusi Majlis Syura PAS iaitu badan tertinggi dalam PAS....

Lupakah ustaz Nasha si tali barut UMNO bahawa Mursyidul Am mempunyai kuasa veto membatalkan keputusan Presiden yang pada pandangan Majlis Syura melanggar etika perjuangan Islam, merugikan PAS dan melanggar syariat Islam.....Lupakah mereka????

Nik Aziz punca PAS kuat

Lupakah ahli PAS semua bahawa Tuan Guru Nik Aziz adalah IKON yang menjadikan PAS kuat dan berpengaruh....Ramai kalangan rakyat bawahan jatuh cinta dengan ketokohan dan kesederhanaan Tuan Guru Nik Aziz dan itu menjadi punca kenapa mereka menyokong PAS.

Kesederhanaan Tuan Guru Nik Aziz terkenal di seantero dunia sehinggakan jika kita merantau ke ceruk Britain, Australia, Amerika..ramai kalangan imam-imam di sana menyatakan kekaguman terhadap Tuan Guru Nik Aziz....

Sehinggakan ramai Muslim Singapura dan Brunei sanggup datang ke Kelantan semata-mata untuk meminta Tuan Guru 'cukur jambul' anak mereka dan mendoakan anak mereka..malahan ada seorang hartawan Singapura yang kagum dengan sikap sederhana Tuan Guru telah memberi sumbangan besar dalam bentuk pelaburan ke Kelantan.

Anak-anak muda masa kini ramai yang sokong PAS bukan kerana ideologi yang dibawa oleh PAS...bukan kerana negara Islam PAS...TETAPI kerana jatuh cinta dengan kesederhanaan dan ketokohan Tuan Guru Nik Aziz yang menjadi IKON dan CONTOH terbaik seorang insan yang bertakwa....dari situ baru mereka menerima PAS dan menyokong PAS.

Ramai kalangan bukan Islam khususnya orang Cina juga menyokong PAS kerana kagum melihat ketokohan dan kesederhanaan Tuan Guru Nik Aziz.....

Sedarlah....ramai menyokong PAS kerana jatuh cinta dengan ketokohan, kesederhanaan dan kewarakan Tuan Guru Nik Aziz......

Tuan Guru Hadi Awang????...tanyalah rakyat bawahan..mereka tak kenal pun...malahan semasa Hadi Awang jadi Menteri Besar Terengganu, ramai rakyat Terengganu bengang dan kecewa dengan sikap Hadi Awang yang terlalu ikut telunjuk Mustapha Ali dan Nasharudin si tali barut UMNO..pengkhianat perjuangan Islam.......hingga kini...sukar bagi PAS menawan Terengganu....

Tidak dapat saya bayangkan PAS tanpa ketokohan Tuan Guru Nik Aziz.....kita sudah pun kehilangan Almarhum Ustaz Fadzil Noor, pemimpin lagenda PAS....wahai ahli PAS, selagi masih ada Tuan Guru Nik Aziz bersama kita...hargailah.....dengarilah..taatilah..sebelum dia melangkah pergi....

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai tuan guru antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan

Thursday, June 11, 2009

Sesiapa sokong kerajaan perpaduan adalah boneka UMNO...kata Nik Aziz

Assalamualaikum,

Hari ini Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan telah secara keras menghentam mana-mana pihak di dalam PAS yang menyokong kerajaan perpaduan dengan UMNO sebagai 'boneka' UMNO.

Ini bermakna...Nasharudin Mat Isa..Mustapha Ali dan mereka yang menyokong kerajaan perpaduan adalah boneka dan tali barut UMNO.....mereka mesti disingkirkan daripada PAS..mereka pengkhianat perjuangan Islam....kerana tamak haloba mahu memegang jawatan menteri..mereka lupa bai'ah mereka...mereka lupa prinsip perjuangan PAS.....

PAS berjuang untuk Islam !!!!....bukan untuk pangkat......

Kepada semua ahli PAS.....dalam Islam wajib kita wala' kepada pemimpin...pemimpin yang memimpin jemaah...dan pemimpin tertinggi PAS ialah Mursyidul Am PAS yang juga Pengerusi Majlis Syura PAS iaitu badan tertinggi dalam PAS....kita wajib taat kepada kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz...seorang Ulama yang berpegang teguh kepada perjuangan Islam.....

Kita mesti singkirkan mereka yang mengkhianati perjuangan Islam.......

lihat ini http://www.malaysiakini.com/news/106277

dan ini http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/6/11/mstar_berita/20090611170401&sec=mstar_berita

Wednesday, June 10, 2009

UMNO dan Islam Liberal

Assalamualaikum,

Apabila mengatakan tentang Islam Liberal pasti ia akan dikaitkan dengan PKR. Ya..memang benar PKR mempunyai ramai pendokong Islam Liberal di dalamnya yang bernaung dibawah Institut Kajian Dasar (IKD) yang mendapat bantuan kewangan daripada Konrad Adenauer Foundation (KAF) sebuah yayasan berpangkalan di Jerman.

Namun, ramai lupa akan fakta yang mungkin sengaja disorokkan bahawa 'bapak' segala Islam Liberal ialah tidak lain tidak bukan iaitu UMNO. UMNO yang sebenarnya pelopor Islam Liberal di Malaysia. Malahan kelompok Islam Liberal yang berada dalam PKR, sebenarnya ialah ahli UMNO yang masuk PKR.

UMNO 'bapak' kepada SIS...bapak kepada Islam Liberal

Kelompok Islam Liberal yang paling terkenal di Malaysia ialah Sister In Islam (SIS) yang diasaskan oleh Aminah Wadud (wanita pertama jadi imam sembahyang Jumaat di AS) semasa Aminah Wadud menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).....

SIS sekarang ini diketuai oleh Zainah Anwar...orang kuat Wanita UMNO. Wanita UMNO yang sebenarnya mempelopori dan mendokongi SIS. Sebab itulah kenapa Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil dan mantanya Rafidah Aziz sering kali merasmikan program-program anjuran SIS.

Malahan, Wanita UMNO menyokong usaha SIS untuk mengharamkan poligami dan memansuhkan Undang-Undang Keluarga Islam serta menyokong penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC). SIS dan Wanita UMNO jugalah yang bawa masuk Astora Jabat ke dalam Utusan Malaysia...

SIS dianggotai oleh ramai anak-anak pemimpin UMNO seperti Marina Mahathir (anak Mahathir), Noreen Abdullah (anak Pak Lah), isteri Hishamuddin Tun Hussein dan ramai lagi daripada kalangan Wanita dan Puteri UMNO.

Maka....penjahanam agama Islam di Malaysia bukanlah PKR..in fact PKR sebenarnya disabotaj oleh UMNO dari dalam...sebaliknya penjahanam Islam di Malaysia sebenarnya ialah UMNO....

Masihkan PAS mahu berpeluk dengan UMNO ?????

PAS.....Kerosakan yang sukar dibaiki....

Assalamualaikum,

Walaupun Presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang menarik kembali cadangan kerajaan perpaduan selepas mendapat tentangan hebat akar umbi PAS dan Mursyidul Am PAS, namun beliau telah secara langsung merosakkan imej PAS dengan kerosakan yang teruk.

Kalangan pengundi atas pagar dan orang bukan Islam yang menyokong PAS dalam PRU 2008 benar-benar rasa dikhianati dengan sikap yang ditunjukkan oleh Presiden dan Timbalan Presiden PAS ini. Bukan senang bagi sesebuah gerakan dan parti Islam untuk mendapat sokongan dan kepercayaan orang bukan Islam.

Bukan senang untuk orang bukan Islam sokong parti Islam

PAS mengambil masa 50 tahun untuk mendapat sokongan dan kepercayaan orang bukan Islam, namun di kala orang bukan Islam mula menerima perjuangan Islam dan mula memberi kepercayaan kepada PAS...tiba-tiba Presiden dan Timbalan Presiden yang tak ada otak ini merosakkan itu semua ibarat 'membaling batu ke arah mereka'.

Ramai daripada kalangan bukan Islam kecewa dengan sikap Hadi Awang dan Nasharudin hingga ada yang 'berpatah arang berkerat rotan' dengan PAS. Wahai TGHA dan Nasha...kebodohan anda jelas..di kala orang bukan Islam mula menyokong PAS dan perjuangan Islam, inilah masa terbaik untuk PAS memperhebatkan dakwah kepada mereka. Namun itu semua hancur dengan sikap tamak kuasa nak pegang jawatan menteri.

Ingat..PAS dibina bukan untuk perjuangan politik semata-mata..tetapi juga untuk dakwah...PAS parti Islam..berjuang untuk Islam..perjuangan Islam MENYELURUH.....

50 tahun lagi la....

Nampaknya..PAS kena tunggu 50 tahun lagi baru dapat semula sokongan dan kepercayaan orang bukan Islam......berpuluh tahun lagi untuk kalangan pengundi atas pagar untuk kembali yakin mengundi PAS......

Alahai..kerana tamak kuasa nak pegang jawatan menteri kabinet...hancur luluh masa depan parti perjuangan Islam.......

Kepada ustaz Nasharudin and the geng dan mereka yang nak sangat bergabung dengan UMNO...sila keluar daripada PAS...PAS bukan mak bapak korang punya......PAS untuk semua pejuang Islam tak kira Ulama atau bukan Ulama.....PAS pejuang Islam punya.........

Tuesday, June 9, 2009

PAS berpeluk dengan UMNO..bermakna PAS berpeluk dengan SIS

Assalamualaikum,

Saya nak kata PAS bodoh..nanti ada yang marah..saya nak kata PAS bangang..nanti ada yang kata saya cakap lepas....tapi hakikatnya itulah yang sebenarnya. Alahai geng-geng Ulama dalam PAS yang sokong sangat Ustaz Nasharudin si tali barut UMNO.....korang tak sedar ke satu perkara.....

Nak haramkan SIS tapi nak kawan pulak dengan UMNO??

Ulama PAS dan Muktamar Tahunan ke-55 punyalah hentam Sister In Islam (SIS) kerana telah lari dan terpesong daripada landasan Islam sebenar. Malah PAS mahu SIS diharamkan...tapi yang peliknya..PAS melalui Presiden dan Timbalan Presiden nak pula berkawan dengan UMNO..nak bentuk kerajaan perpaduan..kononnya...

Lupakah PAS siapa sebenarnya SIS???....SIS yang ditubuhkan pada tahun 1990 sebenarnya didokong oleh Wanita UMNO. Malahan Ketua SIS iaitu Zainah Anwar sebenarnya ialah orang kuat Wanita UMNO.

Sebab tu Ketua Wanita UMNO sekarang iaitu Shahrizat Jalil pernah merasmikan program-program SIS dan pernah menyokong usaha SIS untuk mengharamkan poligami dan Undang-Undang Keluarga Islam !...

Malahan...cubalah Hadi Awang dengan Nasha check siapa pendokong SIS kalau bukan anak Mahathir (Marina Mahathir)..anak Pak Lah (Noreen)...dan ramai ahli Wanita dan Puteri UMNO....takkan PAS tak sedar tu...bodoh dan bangang sungguh !!!!!!...

PAS bersatu dengan UMNO bermakna PAS berpeluk dengan SIS

Jika PAS membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO bermakna PAS secara tidak langsung berpeluk dengan SIS dan merelakan kewujudan SIS memandangkan SIS didokong oleh Wanita dan Puteri UMNO....

Apalah PAS ni...CAKAP TAK SERUPA BIKIN....nak haramkan SIS konon padahal tak sedar bahawa SIS adalah ANAK UMNO........

sedarlah..Wallahualam